Monday, 9 January 2012

Tat telor

Tadi sebenarnya nak cari resepi mudah untuk buat muffin, tapi terjumpa resepi buat tat telor guna roti paratha, memang favourite tat telor ni. Kalau kat kedai jual RM1.90 sekarang..mahal tapi kecil.

Resepi ni jumpa kat dapurkakjee.blogspot. sila la....

BAHAN2:
2 keping roti canai frozen (jenama kawan)
4 biji telor
5 sudu besar susu manis (nak manis boleh tambah lagi)
1 sudu besar vanilla
satu cawan kecik air

CARA MEMBUAT:
Telor dicampur ngan susu manis dan air. Kacau sampai rata. Jangan pukul sampai kembang. Kemudian masukkan vanilla. Potong roti canai ikut acuan. Kalau tebal sangat, bubuh sikit tepung atas roti canai dan gelek guna kayu pengelek (rolling pin) biar tipis sikit. Kemudian tuangkan bancuhan telor (kastad) ke dalam doh yang telah dimuatkan dlm muffin tray. Jangan sampai penuh sangat tau. Cukuplah sekadar ¾ jer. Bakar kepanasan 170 darjah selama 20-25 minit atau kastad telor dah keras dan nampak kuning keemasan.. Selamat mencuba.





No comments:

Post a Comment