Thursday, 12 April 2012

Crochet hat....

Crochet hat girl with style



RM20/pcs

Crochet hat orange with flowers RM20/pcs

Crochet hat baby with smile RM20/pcs
Crochet hat red with flower  RM20/pcs


Sunday, 8 April 2012

Universal Gyro Bowl

Bentuk yang menarik...
Mengelakkan makanan dari tertumpah



 Universal Gyro Bowl = RM 16 / pcs

Monday, 9 January 2012

Keindahan






Tat telor

Tadi sebenarnya nak cari resepi mudah untuk buat muffin, tapi terjumpa resepi buat tat telor guna roti paratha, memang favourite tat telor ni. Kalau kat kedai jual RM1.90 sekarang..mahal tapi kecil.

Resepi ni jumpa kat dapurkakjee.blogspot. sila la....

BAHAN2:
2 keping roti canai frozen (jenama kawan)
4 biji telor
5 sudu besar susu manis (nak manis boleh tambah lagi)
1 sudu besar vanilla
satu cawan kecik air

CARA MEMBUAT:
Telor dicampur ngan susu manis dan air. Kacau sampai rata. Jangan pukul sampai kembang. Kemudian masukkan vanilla. Potong roti canai ikut acuan. Kalau tebal sangat, bubuh sikit tepung atas roti canai dan gelek guna kayu pengelek (rolling pin) biar tipis sikit. Kemudian tuangkan bancuhan telor (kastad) ke dalam doh yang telah dimuatkan dlm muffin tray. Jangan sampai penuh sangat tau. Cukuplah sekadar ¾ jer. Bakar kepanasan 170 darjah selama 20-25 minit atau kastad telor dah keras dan nampak kuning keemasan.. Selamat mencuba.





Thursday, 5 January 2012

Tahun 2012

Permulaan tahun baru, azam nak cari duit lebih....hari rabu lepas amik cuti coz 2nd child masuk nursery+taska..saja cuti takut-takut dia menangis ke apa ke kat taska nanti...so utk isi masa, try buat chocolate hasil dari kelas percuma di Inst. Tech. Skill di TTU..guna Dark Choc dari Beryl's...jadi gak...berjaya juga akhirnya.....inti nya letak badam hancur...
1st try

Monday, 28 November 2011

Pemakanan untuk bayi...

Hari ni berkira-kira mencari resepi utk dimasak malam karang lepas balik kerja..dan terjumpa makanan yg terbaik disajikan untuk anak-anak kita...dari DarwishnDarwisya blogspot...

1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."


7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"




Badam

9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.

Kebiasaanya baca ayat Surah Taha:1-5 sahaja, rupanya panjang lagi....boleh cuba, insyaAllah..